BUKIT BENUM – Aktiviti berkumpulan ataupun latihan dalam kumpulan (LDK) adalah medium yang efektif untuk membentuk zon positif remaja hari ini. Menurut Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Raub, Zulkiply Muhammad, kumpulan yang terdiri daripada 10 ahli atau kurang dapat menjana keseimbangan pengaruh rohani dan jasmani untuk kebaikan remaja.