Semakin hari, saya semakin berpuas hati dengan fesyen pelajar di konsert mingguan. Bukan sekarang saja, malah sejak minggu ke-5 lagi sudah memperlihatkan perkembangan yang sangat baik.
Saya nampak peningkatan graf. Memang cantik dan saya yakin untuk konsert akhir nanti, semuanya akan berada di puncak. Percayalah.
Kenapa saya berkata begitu, kerana untuk minggu hadapan dan berikutnya kami akan memperbanyakkan lagi eksperimen terhadap fesyen pelajar ini bagi memberikan penampilan lebih baru.