Barisan finalis Akademi Fantasia Musim 6 telah diketahui. Konsert Kesembilan Akademi Fantasia 6 menyaksikan rata-rata pelajar menggunakan peluang terakhir sebaik mungkin.Apa kata juri terhadap persembahan pelajar malam tadi?
STACY - Beat It (Michael Jackson)Kak Ogy. Koreografi yang cantik dan mampu menghidupkan suasana. Penghayatan ada, tetapi tidak konsisten. Tetapi anda kelihatan seperti kurang bertenaga. Sebutan kurang jelas.Ning. Semua orang tahu anda boleh menyanyi. Tetapi ada ketika intonasi tidak konsisten. Jangan terlalu menjerit.Afdlin. Lagu ini susah, tetapi anda berjaya melakukannya. Nampak anda fokus dalam persembahan. Untuk persembahan yang seperti ini, saya tidak mengharapkan kesempurnaan daripada aspek suara.
TOI - Kau Yang Bernama Seri (Handy Black)Kak Ogy. Anda perlu berterima kasih kepada tenaga pengajar. Saya begitu terpukau dengan persembahan anda.Ning. Akhirnya baru saya dapat melihat anda membuka mulut dengan luas. Tempo juga sudah semakin baik.Afdlin. Nyanyian anda tiada masalah. Tetapi sekadar penyanyi, bukan penghibur.
STANLY - Kerana (Alleycats)Kak Ogy. Lagu ini penuh dengan emosi tetapi persembahan anda kurang menyengat. Persembahan anda terlalu selamat.Ning. Anda telah menunjukkan banyak peningkatan daripada suara klasik ke komersil. Anda mampu mencapai nota lagu. Perlu lebih kerja keras kepada suara anda. Afdlin. Anda tidak bergerak apabila mendengar muzik. Anda perlu merasa dan menghayati lagu ini.
NADIA - Lelaki Buaya Darat (Ratu)Kak Ogy. Saya suka dengan persembahan penari latar. Anda pandai bermain mata. Ning. Banyak perubahan dalam persembahan anda. Anda mampu mencapai nota lagu. Tetapi perlu lebih berhati-hati dan lebih tenang.Afdlin. Pakaian anda menggangu saya. Anda kelihatan lebih tua.
RIZ - Rock Around The Clock (Bill Haley)Kak Ogy. Penari latar membawa suasana kepada persembahan anda. Tetapi anda kelihatan seperti tidak selesa. Kadangkala seperti terlupa langkah. Ning. Lebihkan gerak gaya. Tempo juga perlu dijaga. Perlukan banyak lagi latihan.Afdlin. Anda perlu bersatu dengan muzik. Rock & Roll bukan sekadar gaya rambut.
NUBHAN - Tapi Bukan Aku (Kerispatih)Kak Ogy. Pada mulanya, saya bimbang apabila berlaku sedikit kemalangan dalam nyanyian, anda akan hilang fokus. Tetapi anda berjaya melakukannya. Saya dapat merasai emosi itu.Ning. Suara anda merdu dan paling komersil dikalangan pelajar lelaki. Teknik nyanyian semakin kemas. Cuma perlu menjaga sedikit teknik pernafasan.Afdlin. Saya tidak suka anda memakai cermin mata. Seperti menjarakkan hubungan anda dengan penonton. Untuk menjadi juara, anda tidak boleh sekadar biasa.Itu kata mereka. Apa kata anda?