ALOR STAR:Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) diberi peruntukan RM602 juta bagi meningkatkan pengeluaran beras di kawasan lembaga itu untuk tempoh tiga tahun mulai tahun ini hingga 2010. Pengerusi Mada, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata sebanyak RM91.1 juta diperuntukkan tahun ini, RM243.9 juta (2009) dan RM263 juta untuk tahun 2010 bagi membantu pesawah meningkatkan pengeluaran hasil padi. Beliau berkata, peningkatan hasil padi akan dilaksanakan melalui pemulihan infrastruktur pengairan dan saliran termasuk tali air, pelebaran ban kecil dan pembersihan parit supaya pengaliran air ke sawah lebih lancar.
“Bagi kawasan estet padi di Jelai dan Tajar, Mada sedang menaiktaraf jalan ladang, membina tali air konkrit, menyediakan pam bergerak dan melakukan kerja sukat untuk sistem pengairan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah Mada di sini, hari ini. Beliau berkata, sasaran pengeluaran padi bagi kawasan estet padi menjelang 2010 ialah 7.5 tan setiap hektar dan 6.8 tan padi setiap hektar bagi kawasan Mada. Mahdzir berkata, tindakan lain yang diambil oleh Mada ialah menaiktaraf kesuburan tanah sawah di kawasan Mada seluas 96,558 hektar dan membekalkan peladang dengan racun serangga yang mencukupi.
undefined
undefined
undefined
posted by
amir
Archives
-
▼
2008
(23)
-
▼
May
(18)
- mane sharlinei???????????????????????????????
- اصلاموعليكم..
- lencana smk dong
- habis?
- Karpal calls on Dr M to name judges who lobbied
- Nik Aziz not resigning
- Stanly tersingkir, 5 pelajar ke final!
- benci pelajar af?
- komen af minggu 9
- fesyen af
- guru
- guru dicadang ambil pelajar bermasalah
- rm 60 juta tingkat keluaran beras
- wanita disasar utamakan kesihatan
- jangan percaya pangilan santau
- akedemi fantasia
- kampung sega lama
- biodata
-
▼
May
(18)